Saturday, February 5, 2011

bila ALLAH buat sesuatu, pasti ada sebabnya

salam and hi to all,

seperti tajuk entry ni, betul kan?
setiap kejadian yang berlaku mesti ada sebab di sebaliknya. kerana ALLAH itu Maha Tahu segalanya. siapalah kita nak pertikai ?

seperti juga satu kejadian yang saya rasa agak pelik dan aneh, tapi ia benar berlaku.
seekor babi dipercayai telah masuk ke dalam surau. ye, anda tak silap, memang benar surau S-U-R-A-U.

sepertimana yang kita tahu, surau dikatakan sebagai rumah ALLAH dan tempat ibadat orang Islam yang sepatutnya menjadi tempat suci dari sebarang kekotoran, apatah lagi babi yang boleh dikategorikan dalam kumpulan najis mughallazah atau najis berat. ALLAH akan memelihara rumahNya sendiri, namun apabila babi telah dijumpai didalam surau tersebut, pasti ada sebab musabab kenapa ALLAH turunkan babi itu untuk masuk ke dalam surau.

samaada ia nampak sesuatu yang menarik perhatiannya atau mungkin, sesuatu yang dibencinya. siapa tahu, kan?

mengapakah dalam banyak tempat, surau menjadi pilihan binatang tersebut untuk masuk. kenapa tidak masuk rumah penduduk sekitar?
kenapa tidak masuk kedai-kedai berhampiran?
kenapa tidak pergi sahaja ke taman permainan?
fikir-fikirkanlah!


ALLAH itu Maha Tahu segalanya.

edisi pengenalan

salam and hi to all,

blog ini akan menceritakan kejadian pelik tapi benar.
semoga peristiwa yang dipaparkan disini akan menjadi pengajaran buat kita semua.
ingatlah bahawa kiamat semakin hampir.

selamat membaca:)